Khamis, 28 Ogos 2008

Gembala dan Pelayan



Tahun1961-1972
Gembala : Gembala Sigar Lupung
Ketua Sidang : Besar Paru
Wakil Ketua : Berauk Taie
Setiausaha : Padan Batun
Bendahari : Tebari Balang
Pelayan : Balang Sigar
Lakung Achang
Ganang Liau

Tahun 1973-1976
Gembala : Labo Lasung
Ketua sidang : Berauk Taie
Wakil Ketua : Pengiran Kapung
Setiausaha : Baru Sigar
Bendahari : Rugu Batun
Pelayan : Besar Paru
Tebari Balang
Taie Batun
Lakung Achang
Padan Riong


Tahun 1977-1980
Gembala : Siuk Selutan dan Liung Padan
Ketua Sidang : Baru Sigar
Wakil Ketua : Besar Paru
Setiausaha : Padan Riong
Bendahari : Balang Pur
Pelayan : Pengiran Kapung
Rugu Batun
Lakung Achang
Sakai Ukab
Taie Batun
Tebari Balang

Tahun 1981
Gembala : Radang Lupung
Ketua Sidang : Pengiran Kapung
Setiausaha : Padan Ukab
Bendahari : Taie Batun
Pelayan : Balang Pur
Sia Tebari
Padan Riong
Marten Besar
Likas Riong
Sakai Ukab

Tahun 1982-8.12.1984
Gembala : Martha Balang dan Sinang Ampadau
Ketua Sidang : Baru Sigar
Wakil Ketua : Pengiran Kapung
Setiausaha : Lukas Riong
Bendahari : Padan Ukab
Pelayan : Padan Riong
Pelipus Sinawat
Balang Pur
Sia Tebari
Sakai Ukab
Taie Batun

Tahun 6.5.1985
Gembala : Makson Lakai
Ketua Sidang : Berauk Taie
Wakil Ketua ; Padan Riong
Setiausaha : Padan Ukab
Bendahari : Pengiran Kapung
Pelayan : Baru Sigar
Sia Tebari
Pelipus Sinawat

Tahun 6.5.1987-1990
Gembala : Busak Sigar dan Ruran Agong
Ketua Sidang : Musa Kapung
Wakil Ketua : Pengiran Kapung
Setiausaha : Sigar Berauk
Bendahari : Taie Batun
Pelayan : Balang Pur
Sia Tebari
Padan Ukab
Lukas Riong
Berauk Taie
Pelipus Sinawat

Tahun 1991-1993
Gembala : Baru Gaing
Ketua Sideng : Berauk Taie
Wakil Ketua : Marten Besar
Setiausaha : Lukas Riong
Bendahari : Pengiran Kapung
Pelayan : Padan Ukab
Taie Batun
Sia Tebari
Balang Pur
Musa Kapung
Padan Riong
Pelipus Sinawat(Meninggal pada 6.11.90)

Tahun 1994-1995
Gembala : Baru Gaing
Ketua Sidang : Lukas Riong
Setiausaha : Padan Ukab
Bendahari : Marten Besar
Pelayan : Baru Sigar(Meninggal pada 11.11.1995)
Balang Sigar
Sia Tebari
Padan Riong
Taie Batun
Musa Kapung
Sigar Berauk
Pengiran Kapung
Balang Pur
Berauk Taie
Gr Dungang Bantin

Gembala Busak Upai menjadi Gembala Praktikal selama 7 Bulan. Selepas itu meneruskan pengajian di STT TENGGARONG Indonesia pada 32.12.1996

ketua Sidang : Musa Kapung
Wakil Ketua : Pngiran Kapung
Setiusaha : Aris Pelipus
Bendahari : Balang Pur
Pelayan : Berauk Taie
Balang Sigar
Lukas Riong
Gr Marten Paul

Tahun 1.7. 1997- 1999

Gembala : Meripa Dawat
Ketua Sidang : Musa Kapung
Wakil Ketua : Pengiran Kapung
Setiausaha : Aris Pelipus
Bendahari : Balang Pur dan Berauk Taie
Pelayan : Lukas Riong
Gr Marten Paul

Pastor Meripa mulai penggal ke-2 pada 1.1.2001

Penatua : Lukas Riong
Ketua Sidang : Musa Kapung
Wakil Ketua : Aris Pelipus
Setiusaha : Gr Marten Paul
Pelayan : Padan Riong
Balang Pur
Taie Baru
Balang Tebari
Mutang Lakung
Padan Ukab
Sigar Berauk
Berauk Taie

Tahun 2003
Gembala : Pr Yahya Ating
Penatua : Lukas Riong
Ketua Sidang : Musa Kapung
Setiausaha : Sia Tebari
Bendahari : Balang Pur
Wakil Bendahari : Pengiran Kapung
Pelayan : Padan Ukab
Berauk Taie
Padan Riong

Tahun 2005
Gembala : Pr Baru Sakai
Penatua : Lukas Riong
Ketua Sidang : Pe3ngiran Kapung
Setiausaha : Padan Ukab
Bendahari : Marten Besar
Pelayan : Berauk Taie
Sakai Ukab
Laban Padan
Balang Pelipus
Mutang Lakung
Padan Riong
Balang Baru

Selasa, 26 Ogos 2008

Sejarah Gereja



SEJARAH

Sejarah Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) bermula pada bulan oktober 1928, dimana 3 mubaligh Kristen warga Australia telah mula belayar ke kepulauan Borneo dan sampai sebulan kemudian, serta mulakan pelayanan Borneo Evangelical Mission (BEM). Mereka ini adalah; Hudson Southwell (Pndeta Padan @ Tuan Tapu), Frank Davidson (Tuan Lisin) dan Carey Tolly.

Bagi masyarakat Lun Bawang pula, Alan Beltcher (Pendeta Meripa) dan Madge Hill (Pendeta Ganit) juga warga Australia amat popular kerana telah menetap bersama masyarakat Lun Bawang di Kampung Long Semadoh A, serta telah menterjemah Alkitab ke bahasa Lun Bawang (Alkitab Bala Luk Do).

Bagi ahli Gereja Sidang Injil Borneo secara umum, nama mubaligh Kristen seperti; Hudson Southwell (Pendeta Padan @ Tuan Tapu), Frank Davidson (Tuan Lisin), Enid Davidson (Pendeta Litad), Winsome Southwell (Pendeta Gadung), Alan Beltcher (Pendeta Meripa), Madge Hill (Pendeta Ganit), Cain Copper (Pendeta Mutang), Bruce Morton (Pendeta Panai), Alf Thorrat (Pendeta Balang), Joan Copper (Pendeta Supang), Trevor White (Pendeta Asang, Bill Hawes (Pendeta Kawas), Bryan Mukem (Pendeta Mitun), Bob Burton (Pendeta Gaing), Bill Lees (Pendeta Gisar), Kith Napper (Pendeta Lasan), D.Robinson (Pendeta Riung), Winston Usher (Pendeta Kalang), Dennis Barry (Pendeta Paren), Keith (Pendeta Lian), Ray Cunningham (Pendeta Sigar), Evelyn Cunninghan (Pendeta Tunung). Mereka ini adalah antara mubaligh Kristen yang telah berjasa dalam menyebarkan ajaran Kristen dikalangan penduduk kepulauan Borneo khasnya bagi kaum Lun Bawang.

Penduduk Kampung Long Tanid mula menganut agama Kristen sekitar tahun 1930an-1940an. Pusat pengajaran agama Kristn pada awalnya adalah di kampung Long Beluyu yang menjadi 'kota Yerusalem' bagi Daerah Trusan Hulu. Pada masa itu penduduk persekitaran kawasan Long Semadoh datang ke kampung Long Beluyu untuk mempelajari ajaran Kristen.

Sekitar tahun 1965, penduduk kampung Long Tanid mula membagun bangunan sebuah Gereja yang kecil. Gembala Sigar Lupung dan keluarganya adalah Gembala pertama bagi Gereja Sidang Injil Borneo Long Tanid.

Khamis, 7 Ogos 2008

LONG TANID, LONG SEMADOH, 98850, LAWAS, SARAWAK, MALAYSIA




Pengenalan

Nama kampung Long Tanid ini diambil sempena dengan sebatang anak sungai yang mengalir dari puncak Gunung Buduk Balud ke Sungai Trusan berdekatan dengan kawasan hilir bekas lapangan kapal terbang Long Semadoh.

Penempatan awal tapak asli kampung Long Tanid adalah di 'Ruma Tican Nanud' yang bermaksud 'Rumah yang ditinggalkan kerana banjir'. Penduduk pertama kampung Long Tanid semasa di 'Ruma Tican Nanud' ialah : GANANG LIAW, UKAB LIAW, BARU LIUN, ACHANG BALANG, EX-PENGULU LANGUB, PUR TUIE, SAKAI LUUN dan SIGAR LALUNG. Oleh kerana kampung mereka selalu banjir maka mereka pun berpindah ke 'Pun Apir'.

Keluarga besar semasa di 'Pun Apir' pula ialah GANANG LIAU, UKAB LIAU, BARU LIUN, ACHANG BALANG, PUR TUIE, SIGAR LALUNG, RIONG LALUNG dan LAKAI BALANG.

Sementara Ex-Pengulu LANGUB PENGIRAN berpindah ke 'Bang Menangang' dekat Long Semadoh Naseb dan SAKAI LUUN pula ke Long Beluyu. Mereka berkampung di 'Pun Apir' selama lebih kurang 5 tahun.

Tapak awal kampung yang ada sekarang ini mula-mula diterokai oleh SINAWAT TADEM dan menantunya BERAUK TAIE. Pada masa itu, tempat ini adalah hutan belukar. Mereka talah membina sebuah 'Barar' ditapak rumah mendiang Lizeh Sigar yang ada sekarang ini. Sekitar tahun 1959, Penduduk kampung 'Pun Apir' pun bergabung dengan keluarga SINAWAT TADEM dan keluarga BUAYEH TADEM yang juga telah turut berpindah dari kampung Long Beluyu.

Gabungan antara SINAWAT TADEM, BUAYEH TADEM, BARU LIUN, GANANG LIAU, UKAB LIAU, PUR TUIE, SIGAR LALUNG, RIONG LALUNG dan ACHANG BALANG telah membina sederet rumah panjang. Tapak rumah mereka pada masa itu adalah dari rumah Balang sigar sampai rumah Dari Agung yang ada sekarang ini. Sementara BESAR PARU, RUGU BATUN datang berijrah dari kampung Long Beluyu dan TEBARI BALANG dari Long Kerebangan pula bergabung membina sederet rumah panjang yang berasingan. Seterusnya, PADAN BATUN dan TAIE BATUN berijrah dari Indonesia juga membina rumah masing-masing di kampung ini.

Nama-nama inilah yang telah memulakan penempatan awal sejarah kampung LONG TANID. Jasa mereka ini akan dikenang dan menjadi sejarah awal bagaimana kampung Long Tanid dimulakan.

Ketua Kampung yang pertama ialah GANANG LIAU yang juga merangkap Penghulu bagi seluruh kawasan Trusan Ulu. Beliau diganti oleh BARU LIUN yang diwakili oleh SAKAI UKAB. Selepas BARU LIUN bersara, PADAN UKAB pula menjadi ketua kampung sehingga ke sekarang ini.