INFO LONG TANID

MORE INFO CLICK HERE:  LONG TANID HOMESTAY

Kampung Long Tanid, Sentral Long Semadoh, Lawas, Sarawak, Malaysia. Penduduk semua suku kaum Lun Bawang. Kampung ini terletak dikawasan tanah tinggi bergunung ganang lebih 2200 meter dari aras laut. Iklim kampung sejuk dibawah paras 27'C pada siang dan mencecah dibawah 15'C pada malam hari diantara bulan Julai dan menjelang bulan Disember.

Kampung Long Tanid 100 km dari bandar Lawas dan boleh dikunjungi dengan jalan raya yang dibuat oleh kompeni pembalakan (Samling Timber Sdn Bhd) sejak tahun 1996.

Jarak perjalanan mengunakan kereta pacuan 4 roda (4WD) 2-3 jam mengikut keadaan cuaca.

Kampung Long Tanid mempunyai kira kira 53 buah rumah dan lebih dari 500 orang penduduk yang sangat ramah akan tetapi kaum belia kebanyakkannya telah keluar bersekolah dan berkerja di bandar seperti Lawas, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Labuan, Sabah, Semenanjung dan luar negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Irland.

Tetapi dari masa ke semasa meraka akan pulang ke kampung terutama menjelang perayaan Natal pada bulan Disember setiap tahun.

MORE INFO CLICK HERE:  LONG TANID HOMESTAY