Khamis, 7 Ogos 2008

LONG TANID, LONG SEMADOH, 98850, LAWAS, SARAWAK, MALAYSIA




Pengenalan

Nama kampung Long Tanid ini diambil sempena dengan sebatang anak sungai yang mengalir dari puncak Gunung Buduk Balud ke Sungai Trusan berdekatan dengan kawasan hilir bekas lapangan kapal terbang Long Semadoh.

Penempatan awal tapak asli kampung Long Tanid adalah di 'Ruma Tican Nanud' yang bermaksud 'Rumah yang ditinggalkan kerana banjir'. Penduduk pertama kampung Long Tanid semasa di 'Ruma Tican Nanud' ialah : GANANG LIAW, UKAB LIAW, BARU LIUN, ACHANG BALANG, EX-PENGULU LANGUB, PUR TUIE, SAKAI LUUN dan SIGAR LALUNG. Oleh kerana kampung mereka selalu banjir maka mereka pun berpindah ke 'Pun Apir'.

Keluarga besar semasa di 'Pun Apir' pula ialah GANANG LIAU, UKAB LIAU, BARU LIUN, ACHANG BALANG, PUR TUIE, SIGAR LALUNG, RIONG LALUNG dan LAKAI BALANG.

Sementara Ex-Pengulu LANGUB PENGIRAN berpindah ke 'Bang Menangang' dekat Long Semadoh Naseb dan SAKAI LUUN pula ke Long Beluyu. Mereka berkampung di 'Pun Apir' selama lebih kurang 5 tahun.

Tapak awal kampung yang ada sekarang ini mula-mula diterokai oleh SINAWAT TADEM dan menantunya BERAUK TAIE. Pada masa itu, tempat ini adalah hutan belukar. Mereka talah membina sebuah 'Barar' ditapak rumah mendiang Lizeh Sigar yang ada sekarang ini. Sekitar tahun 1959, Penduduk kampung 'Pun Apir' pun bergabung dengan keluarga SINAWAT TADEM dan keluarga BUAYEH TADEM yang juga telah turut berpindah dari kampung Long Beluyu.

Gabungan antara SINAWAT TADEM, BUAYEH TADEM, BARU LIUN, GANANG LIAU, UKAB LIAU, PUR TUIE, SIGAR LALUNG, RIONG LALUNG dan ACHANG BALANG telah membina sederet rumah panjang. Tapak rumah mereka pada masa itu adalah dari rumah Balang sigar sampai rumah Dari Agung yang ada sekarang ini. Sementara BESAR PARU, RUGU BATUN datang berijrah dari kampung Long Beluyu dan TEBARI BALANG dari Long Kerebangan pula bergabung membina sederet rumah panjang yang berasingan. Seterusnya, PADAN BATUN dan TAIE BATUN berijrah dari Indonesia juga membina rumah masing-masing di kampung ini.

Nama-nama inilah yang telah memulakan penempatan awal sejarah kampung LONG TANID. Jasa mereka ini akan dikenang dan menjadi sejarah awal bagaimana kampung Long Tanid dimulakan.

Ketua Kampung yang pertama ialah GANANG LIAU yang juga merangkap Penghulu bagi seluruh kawasan Trusan Ulu. Beliau diganti oleh BARU LIUN yang diwakili oleh SAKAI UKAB. Selepas BARU LIUN bersara, PADAN UKAB pula menjadi ketua kampung sehingga ke sekarang ini.

Tiada ulasan: