Sabtu, 10 Januari 2009

Sukaneka Long Tanid 08

Sukaneka Kampung Long Tanid telah bermula kira kira 20-40 tahun yang lalu. Pada mulanya aturcara dilakukan dengan spontan, tetapi sekarang sudah ada program yang disusun oleh AJK Sukanekanya sendiri. Uniknya...ianya menjadi satu acara yang mesti diadakan setiap bulan Discember menjelang.

Acara ini biasanya berlansung 2-7 hari sebelum perayaan Natal disambut antara 15hb-25hb Disember setiap tahun. Pada hari pertama semua penduduk kampung akan membersih kawasan perkuburan dan ini menghormati dan mengenang yang telah pergi.

Sepanjang Sukaneka ini berlangsung, semua penduduk kampung Long Tanid dan tetamu yang hadir dibahagikan dalam tiga kumpulan. Mereka akan dinilai dan diberi markah dalam semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh sukaneka ini berlangsung. Percayalah... anda akan ketawa dan tanpa disedari, airmata kegembiraan akan keluar melihat telatah lucu penduduk kampung yang mengambil bahagian. Satu lagi, jangan terkejut dan marah apabila tanpa anda sedari...anda akan di lumurkan dengan lumpur atau dibaling kedalam lopak air yang kotor. Ini dilakukan semata mata untuk memeriahkan sukaneka, 'cara penduduk Long Tanid'.

Penduduk kampung yang telah diberkati dengan rezeki yang baik akan memberkati yang lain pula dengan mengagih agihkan makanan atau minuman ringan secara percuma semasa sukaneka ini berlangsung. Ini menambahkan lagi ikatan silaturahim yang telah terjalin sejak generasi pertama membina kampung Long Tanid ini.

Semangat kuat Kekeluargaan penduduk kampung Long Tanid, amat nyata apabila acara' Irau Kuman Pemung' sering diadakan tak kira pagi, tengahari dan malam. Biasanya sepanjang Pra-Natal ini disambut lebih dari 5 ekor babi atau Kerbau dikorbankan.

Kemeriahan diserikan dengan 'Open House' yang difahamkan pada awal 70an, Roti Osborne, Merrie, Pinaram, Kelupis, Ruti girig... dihidangkan dengan minuman panas Kopi atau Tea O. Tetapi zaman sudah berubah dimana minuman berkarbonat, kuih dan kek moden dihidangkan.

Pada malam hari pula, aturcara seperti Cergas tangkas Kuiz Alkitab dan In-doorgame diadakan didalam gereja. sambil itu pentas Pujian dan Penyembahan serta 'Pebelih Nani' diadakan untuk mengisi dana Gereja. Aktiviti ini memeriahkan lagi malam yang dingin kerana suhu pada malam hari biasanya jatuh dibawah paras 20'c.

Kemuncak aturcara ialah pada malam 24hb.Disember iaitu Hari Natal disambut. Semua penduduk berduyun duyun datang ke gedung Gereja dan menyanyikan lagu lagu Natal dan Khotbah akan disampaikan pengkhotbah undangan. Kebaktian Natal ini akan berlangsung beberapa sesi sepanjang hari 25hb Disember.

Pada larut malam dan malam menyambut ketibaan tahun baru, pemuda dan pemudi akan bermain meriam buluh sehingga ke pagi dan berlanjutan sepanjang hari tahun baru.

Ucapan dari Pengerusi Krimas 2008 Sakai Ukab





Siruh e- Jess, peng n Ukab ba awang niat


Steady Buen... U punya team jangan kalah bulu...














Peserta sekolah minggu ' Muen Kuyu'






Ehh...Anak adi leh... pelaba do taga...
Kumpulan Belia yang belum kahwin... kahh...kah...kah...



Jualan barang makanan dan minuman Pemuda/i


Orang lama L-R: Sim, Pur Tuie dan Baru Liun


Renungan dan jelingan yang mengancam.....

Pengkotbah Undangan Ps.Eddy Sarapan pagi kuman Biter Lal...






Penyanyi Undangan dari Sabah...Lari 100 meter.


Permainan 'Bola Baling Cara Long Tanid'







Mandi dalam sungai Terusan







Lari / Lompat dalam Guni...












Permainan 'AREM'....








Pengkhotbah Undangan Pastor Eddy Yasir mencoba nasib membaling telor, Tapi telor ayam tak pecah juga...
Puan Sinang Sigar membaling telor ayam atas tikar(Ugam sier).....tapi tak pecah...













































































Inilah calon calon bakal jadi Pelayan di SIB Long Tanid pada alaf baru


Tiada ulasan: